INI BLOG

BERITA HACKING NO.1

DI MALAYSIA..!

Wednesday, 7 May 2014
Lebih 200 Domain India Menjadi Sasaran AnonGhost

0

Kali ini, kumpulan AnonGhost telah menyerang lebih 200 domain India (.in) . Ini mungkin berpunca daripada kelemahan sesebuah server yang berpangkalan di India. Pihak GilerHackers telah menghubungi orang yang telah deface lebih 200 domain ini.

GH : Hai, kami dari pihak GilerHackers ingin bertanya sesuatu kepada anda.
CoderSec : Hai! Silakan. Saya sudi menjawab soalan yang dikemukakan.

GH : Terima kasih. Saya ingin bertanya , kenapa anda target domain India?
CoderSec : Saya target domain India kerana ingin menguji tahap security domain negara tersebut.

GH : Adakah level security mereka rendah atau sebaliknya?
CoderSec : Tahap security mereka berada di tahap sederhana kerana dulu susah untuk saya mencari kelemahan domain mereka.

GH : Terima kasih kerana sudi menjawab soalan yang dikemukakan.
CoderSec : Sama-sama diucapkan.

Penafian: Pihak GilerHackers mahupun Kerajaan Malaysia sama sekali tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua aktiviti menggodam mahupun jenayah siber. Kami hanyalah portal berita dunia penggodaman #1 di Malaysia



Read More
Monday, 5 May 2014
Pelajar Kantoi Godam Sistem Sekolah

0



Kaedah dah ada. Tapi pelaksanaan tu yang tak betul. Mungkin itu sudah cukup untuk menggambarkan keadaan seorang pelajar yang ditahan kerana telah mengubah gred peperiksaan mereka melalui cara yang salah.

Jose Bautista, pelajar berumur 18 tahun yang sedang menuntut di Universiti Miami menghadapi tuduhan mahkamah atas kesalahan telah memecah masuk sistem komputer institusi pengajiannya dan mengubah gred peperiksaan beliau dan empat orang rakan yang lain.

Beliau yang ditahan pada Khamis lalu akan hadir ke mahkamah pada Jumaat keesokan harinya setelah pengetuanya iaitu Dr. Micheal M Krop menyerahkannya kepada pihak berkuasa. Dr. Micheal berbuat sedemikian selepas mendapat banyak aduan-aduan bertulis dari pelajar. Aduan-aduan yang berunsur rasa tidak puas hati dengan perbuatan yang tidak bermoral dari Jose Bautista itu telah menyebabkan tindakan segera ke atas beliau telah diambil.

"Semua orang telah mencuba. Semua orang bertungkus lumus belajar. Ianya tidak adil untuk mendapatkan kejayaan yang mudah seperti itu." Mayan Dehry, salah seorang pelajar di tempat pengajian Jose Bautista meluahkan kekecewaannya terhadap pelakuan pelajar itu. "Kita semua tahu belajar itu bukan satu proses yang mudah. Tapi setidak-tidaknya kita mencuba dengan cara yang betul. Bukannya menjadi malas dan ubah gred sesuka hati." ujarnya lagi.

Jose Bautista dihadapkan dengan pertuduhan atas kesalahan terhadap penggunaan harta intelek, mengancam pengguna komputer, dan perbuatannya itu dianggap sebagai satu kesalahan yang serius dan merbahaya.

Jumaat lalu Jose masih lagi berada di sebalik palang besi dan akan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $20,000. Mengikut undang-undang, Jose akan dikenakan tahanan dalam rumah dan akan diwajibkan untuk memakai alat pengesan GPS untuk memantau pergerakkannya nanti. 

Nasihat penulis, belajar la bersungguh-sungguh. Jangan salah guna kebolehan yang ada. Jangan riak. Rasanya kalau si Jose ni tak riak, tak bagitahu kawan-kawan dia yang lain, dia takkan kena sampai macam ni. Tapi yang penting, jika ada pembaca yang masih lagi belajar, belajar bersungguh-sungguh, jangan menipu. Tak kemana jugak kalau menipu ni. Betul tak?

Sebarang berita atau info mengenai dunia siber, baik di dalam mahupun luar negara, pihak GilerHackers akan cuba sampaikan kepada anda sebaik yang mungkin.


Penafian: Pihak GilerHackers mahupun Kerajaan Malaysia sama sekali tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua aktiviti menggodam mahupun jenayah siber. Kami hanyalah portal berita dunia penggodaman #1 di Malaysia

Read More
Tuesday, 22 April 2014
AcDisplay – Memaparkan Notifikasi Di Android Seumpama Moto X

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semua pengguna Android boleh menikmati fngsi yang lebih kurang sama melalui alikasi AcDisplay. Bentuk notifikasinya boleh dilihat pada video promosi atau peranti Moto X.

Aplikasi ini memaparkan aplikasi yang masuk bersama-sama dengan pelbagai notifikasi lain yang tidak dibuka atau diakses pengguna.
Untuk melihat secara pantas, pengguna boleh sentuh pada ikon notifikasi tersebut, dan ia akan memaparkan secara ringkas apakah yang dibawakan, dan pengguna boleh swype ke bawah untuk mengakses terus aplikasi berkenaan.
Apa pun, buat masa ini, aplikasi ini hanya menyokong pengguna Android 4.4 dan terkini sahaja. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma dari Google Play Store hari ini.

Muat-Turun - AcDisplay Untuk Android
Read More
5 Aplikasi Pelayar Web Terbaik Untuk Pengguna iOS

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sesebuah peranti yang berjenama telefon pintar atau smartphone tidak akan lengkap tanpa aplikasi pelayar web yang juga merupakan salah satu aplikasi yang paling penting. Setiap telefon pintar pasti akan ada aplikasi pelayar web untuk pengguna melayari internet.

Terdapat pelbagai jenis pelayar web yang boleh didapati di Play Store dan App Store secara langsung. Namun, topik kali ini tiada kaitan dengan Android mahupun Windows Phone. GilerHackers.com akan berkongsi beberapa aplikasi pelayar web yang popular bagi mereka yang menggunakan telefon pintar bersistem operasikan iOS.

Pelayar web yang sedia ada pada peranti tersebut adalah Safari. Namun, tahukah anda bahawa iOS mempunyai beberapa aplikasi pelayar web yang cool? Lihat gambar dibawah ini.


Google Chrome Browser



Dolphin Browser

Muat-Turun - Dolphin Browser (Free)

iCab Mobile Browser

Muat-Turun - iCab Mobile Browser ($1.99)

Mercury Browser

Muat-Turun - Mercury Browser ($0.99)

Puffin Browser

Muat-Turun - Puffin Browser ($3.99)

Read More
Monday, 21 April 2014
Google Camera Oleh Google Diperkenalkan Untuk Android 4.4 KitKat

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum ini, satu demi satu aplikasi utama Android oleh Google diperkenalkan di Play Store agar proses mengemaskini menjadi mudah. Kini, satu lagi aplikasi telah ditambahkan kedalam senarai tersebut iaitu Google Camera.

Dilihat, aplikasi Google Camera hanya menyokong telefon pintar atau tablet yang menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat sahaja buat masa ini.
Antaramuka yang serba baru berbanding dengan aplikasi kamera asal di Android turut dibawakan oleh Google Camera. Selain itu, beberapa fungsi yang baru juga turut disertakan dimana salah satunya adalah Lens Blur.

Dengan menggunakan fungsi Lens Blur, pengguna boleh merakamkan sesuatu gambar dan memilih tahap kekaburan gambar latar. Fungsi lain yang juga hadir bersamanya seperti Panorama Photo Sphere turut disertakan.

Sekiranya anda pengguna peranti Android 4.4 KitKat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini daripada Google Play Store hari ini dan menggunakannya secara terus.
Muat-Turun - Google Camera Untuk Android 4.4 KitKat
Read More
Friday, 18 April 2014
Serangan Penggodam Terhadap Satelit?

0


Semakin banyak serangan siber yang berlaku akhir-akhir ini. Yang terbaru, dunia menyaksikan perkembangan aktiviti  ini ke tahap yang baru, iaitu penggodaman satelit.

Ya, ancaman siber kini beralih pula ke arah penggodaman satelit. Operator satelit akan menghadapi satu kesulitan dan ancaman yang baharu. Satelit merupakan satu komponen yang penting bagi setiap negara. Bahagian keselamatan negara terutamanya amat mengutamakan penggunaan satelit. Mungkinkah kuasa ketenteraan yang kebanyakannya menggunakan kemudahan satelit telah mengakibatkan sistem satelit menjadi sasaran terbaru ancaman siber?

Satu syarikat keselamatan telah mengesan sejumlah ketirisan siber termasuklah yang membabitkan undocumented and insecure protocolshardcoded credentials,  dan juga backdoors yang sering digunapakai oleh terminal komunikasi satelit (SATCOM) . Untuk pengetahuan pembaca, SATCOM merupakan satu terminal yang sering digunakan oleh pihak tentera, pihak kerajaan dan juga sektor-sektor industri.

Melalui ketirisan ini, pihak penggodam boleh memanipulasi, menghalang komunikasi, dan juga boleh mengambil alih peranti yang digunakan oleh SATCOM untuk menjalankan apa-apa tugasan. Secara ringkas, pihak penggodam boleh ambil alih pusat pengawalan SATCOM. Mesti pembaca pernah tengok benda macam ni terjadi dalam filem kan?



Apabila peranti fizikal ini diambil alih, pihak penggodam mempunyai kuasa untuk mengangggu operasi ketenteraan dan juga menganggu komunikasi keselamatan pesawat yang menggunakan SATCOM. Pihak pengkaji telah menulis satu berita atau amaran sebanyak 25 halaman untuk memberi amaran kepada pihak keselamatan SATCOM berhubung dengan perkara ini.

Beberapa ribu peranti SATCOM telah dikenalpasti mengalami ketirisan dan jika sekiranya satu daripada ribuan peranti ini diganggu. seluruh infrastruktur SATCOM akan berada dalam bahaya. Infrastruktur yang dimaksudkan adalah termasuk kapal, kapal terbang, ketenteraan, kemudahan media, dan juga bahagian perindustrian termasuk minyak, gas, turbin angin dan lain-lain.

Menurut akhbar Guardian, antara syarikat yang bertanggungjawab mencipta sistem satelit yang mudah digodam ini ialah Cobham dan Inmarsat dari Britisah dan juga Harris Corporation,Hughes dan Iridium dari US. Sebarang agensi asing dikatakan boleh mengesan sebarang unit dan tentera melalui sistem ini.

(satellite truck)


Menurut pihak pengkaji lagi, terminal  Harris RF-7800B yang menawarkan satelit yang berkebolehan tinggi untuk merekod data dan suara yang sering digunakan oleh pihak tentera juga mengalami ketirisan dan berpotensi untuk diserang oleh pihak penggodam. Sekiranya serangan terhadap terminal ini berjaya, pihak penggodam berupaya memasukkan firmware yang berbahaya untuk merosakkan sistem ini dari dalam.

Ketirisan ini juga mengganggu pengangkutan udara pihak ketenteraan US yang dilengkapi dengan Cobham AVIATO, yang direka untuk komunikasi satelit khas untuk pengangkutan udara . Sekiranya sistem ini terjejas, pihak penggodam boleh menganggu komunikasi penerbangan dan itu sangat berbahaya.

Sebarang berita atau info mengenai dunia siber, baik di dalam mahupun luar negara, pihak GilerHackers akan cuba sampaikan kepada anda sebaik yang mungkin.


Penafian: Pihak GilerHackers mahupun Kerajaan Malaysia sama sekali tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua aktiviti menggodam mahupun jenayah siber. Kami hanyalah portal berita dunia penggodaman #1 di Malaysia

Read More